Penerangan Cendawan payung maut

Cendawan payung maut muda muncul daripada vel universal.

Pada awalnya, cendawan payung maut mempunyai pileus berbentuk hemisfera tetapi semakin mendatar mengikut usia.[10] Pileusnya mungkin berwarna hijau pucat, hijau kekuning-kuningan atau hijau buah zaitun, selalunya beransur pucat menghala ke bawah lebih-lebih lagi selepas hujan serta permukaannya melekit apabila basah dan mudah terkopek.[11] Tinggalan vel separa berbentuk seperti skirt, struktur anulus yang melekat pada tangkai biasanya 1-1.5 sm (0.4–0.6 in) panjang dan terkelapai. Tangkainya yang bersisik berwarna putih dengan sedikit hijau buah zaitun dengan panjangnya antara 8-15 sm (3–6 in) manakala tebalnya antara 1 hingga 2 sm (3/8–3/4 in). Struktur volvanya menonjol keluar seperti kantung dan bergerigis.[10]

Cendawan ini pada mulanya berbau seakan-akan wangi seperti madu tetapi jika dihidu terlalu lama, baunya menjadi busuk yang teramat kuat dan tidak menyenangkan.[12] Spesimen yang muda muncul dari tanah bersama-sama sejenis struktur berbentuk telur yang dilindungi oleh vel universal di mana akan pecah, seterusnya meninggalkan volva sebagai sisa-sisa. Cendawan payung maut mempunyai spora yang lutsinar di mana berbentuk seperti telur, 8-10 μm (0.3–0.4 thou) panjang dan akan bertukar kepada warna biru dengan iodin.[12] Bahagian insangnya dilihat bertukar kepada ungu pucat atau merah jambu dengan asid sulfurik pekat.[13][14]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Cendawan payung maut http://www.anbg.gov.au/fungi/deathcap.html http://americanmushrooms.com/deathcap.htm http://www.mushroomexpert.com/amanita_phalloides.h... http://www.mykoweb.com/CAF/species/Amanita_phalloi... http://pluto.njcc.com/~ret/amanita/species/phalloi... http://pluto.njcc.com/~ret/amanita/key.dir/phallim... http://www.eol.org/taxa/17162994 http://links.jstor.org/sici?sici=0040-0262(196206)... http://links.jstor.org/sici?sici=0040-0262(197411)... http://www.npr.org/templates/story/story.php?story...